Salam Ramadhon.
Dan
Selamat Berpuasa.
Dan ya aku tau tiada siapa yang baca apa aku tulis tapi siapa peduli dan aku akan tetap tulis.
Dah masuk musim berpuasa, aku teringat akan kisah cikgu Ayu. Antara cikgu yang betul betul menyampaikan maksud cikgu. Antara cikgu yang menjadi cikgu bukan sebab senang nak buat loan bank seperti cikgu cikgu lain.
Pernah 1 hari, minggu pertama puasa tahun bila aku lupa. Dia pergi sekolah dengan bawa berkeping-keping kadboard yang bersaiz lebih besar dari dia dan di atas kadboard itu tercetak sebab sebab kenapa puasa.
Dia cikgu bahasa english, kenapa dia bersusah payah usung semua itu tapi jawapan dia cukup meyakinkan yang hari guru sepatutnya di rai paling sedikit 182 hari setahun.
Katanya, salah seorang muridnya bertanya kenapa muslim wajib berpuasa. Sebelum murid itu bertanya dia, murid tu terlebih dahulu bertanya pada ustazah yang mengajar ilmu ugama. Ustazah itu menjawab yang puasa di wajibkan kerana Allah memerintah semua muslim wajib berpuasa. Jawapan ustazah itu tak meyakin murid itu.
Malah kalau ditanya pada semua muslim yang berpuasa hari ini. Kenapa muslim wajib berpuasa, ramai akan menjawab kerana ianya perintah tuhan dan ianya sebahagian dari rukun islam. Jawapan itu takkan meyakinkan seorang budak yang masih penuh persoalan 'kenapa' dan juga bukan-muslim.
Sebagai inisiatif, cikgu Ayu membawakan berkeping-keping kadboard yang menerangkan kenapa muslim wajib berpuasa dan apa yang tercetak di kadboard rata rata hanya kebaikan berpuasa, seperti memecahkan habit lama dan mencipta habit baru yang lebih sihat tentunya. Memahami perut orang yang terpaksa berlapar antaranya.
Walaupun jawapan itu tak sepenuhnya di fahami murid dia yang baru umur 8 tahun, tapi jawapan itu mengisi kekosongan 'kenapa'.
Apa yang di fahamkan budak itu adalah, berpuasa mengajar kita jadi baik.
No comments:
Post a Comment