Aku tertanya macam mana tuhan tetapkan rezeki setiap orang.
Dan macam mana penerimaan setiap orang mengenai rezeki.
Tentunya ada golongan yang pandang rezeki dari sudut harta dunia, ada yang pandang dari sudut harta akhirat.
Aku tak pernah persoalkan mengenai rezeki aku, mungkin bila sebut mengenai harta dunia agak tak bernasib baik(mungkin akan berubah jadi baik) tapi aku diberikan tubuh yang sihat, mata yang mampu melihat dan telinga yang mampu mendengar.
Aku anggap aku bernasib baik diberikan rezeki sebegini dan aku tau ini takkan lama.
Di masa hadapan rezeki ini mula di tarik balik. Badan aku tak berfungsi sepertimana aku muda, mata aku mula kabur dan pendengaran telinga mula melemah.
Tapi aku berharap 1 perkara sahaja, untuk tuhan tidak menarik iman aku, kepercayaan kepada islam.
No comments:
Post a Comment