Kamu mungkin bukan disini,
berdiri di samping aku.
Kamu mungkin bukan di bumi,
Bernafas sama udara dengan aku.
Kamu mungkin sudah tenang terbaring menunggu hari-harimu.
Tapi itu tak bermakna, aku sudah melupakan mu.
Tapi itu tak bermakna aku sudah meninggalkan mu.
Aku disini.
Masih setia dengan peninggalan mu.
Menjaganya seperti kamu menjaganya.
Kerana aku tahu.
Kamu akan berbahagia jika mengetahui ianya sebaik yang kamu pernah tinggalkan.
Mengetahui kamu akan berbahagia, cukup untuk aku terus berbahagia.
No comments:
Post a Comment