Saturday, 14 January 2017

Jalan Pulang Ke Neraka

"Aku rasa setan makin kuat usaha untuk pesongkan aku" Adu aku kepada seorang kawan beberapa minggu lepas, Helmi namanya.

Helmi adalah seorang kawan yang baik. Masalah duit tak pernah wujud antara kami sebab ia bukan suatu yang mustahak untuk dibahaskan. Cuma dia punya playboylisme agak power, tak pernah aku cuma playboy selevel dia. Mungkin sebab zaman makin canggih dengan media sosial bersepah tambah lagi game pilih awek seperti tinder dan seumpamanya merata-rata duduknya menyebabkan dia mampu jalankan aktiviti buayanya dengan mudah tanpa dihidu mangsanya.

Pernah sekali aku tanya berapa koleksi awek yang dia ada dan dia menjawab dengan jumlah yang gila.  

Katanya total semua termasuk yang ditinggalkan lebih 500 dan hampir separuh dari itu dia masih berhubung dengan baik dan dalam jumlah 50orang dia masih luangkan masa untuk berjumpa.

Gila..Absurd..Mustahil

Macam mana dia boleh handle jumlah yang begitu besar sepatutnya dijadikan contoh.

Bila aku katakan setan makin kuat mengoda, dia cuma mampu balas hmm.

Bila aku katakan tiap kali sebelum aku nak tidur, setan seolah-olah ingatkan aku akan manisnya beer, masam whiskey dan bergoyangnya vodka, dia cuma mampu balas hmmmm
 
Bila aku katakan setan seolah memesongkan deria bau aku dengan bau toothpaste seperti wangian yang mampu melastik aku hingga ke bulan. Dia cuma mampu balas hmmm.

Dia terlalu sibuk dengan telepon pintar.

Bila aku katakan yang sudah 8 tahun aku bebas dari porn dan setan bisikkan ala tengok sekali sekala takpe, Helmi perlahan letakkan. Dia bersetuju yang setan makin kuat berusaha.

Katanya setan pun try goda dengan trick yang sama. Dia nak cari surah Al Kahfi dalam internet tapi setan bawak dia ke laman porn dan dia end up habiskan 4 jam dekat laman tu.

Gila

No comments:

Post a Comment