2016 tahun yang baik bagi aku.
Aku ada baca pasal orang mengeluh pasal betapa teruknya 2016. Dan tentunya pasal hal utama iaitu ekonomi yang makin down.
Aku tak tahu pasal ekonomi, kalau ekonomi tu duit, aku tahu lah sikit sikit. Haha
Jika dunia ni cuma berkisar pasal duit maka aku boleh gubalkan yang 2016 tak begitu mesra dengan aku. Ini satu-satunya tahun yang aku tak dapa buat nilai wang yang lumayan. Ini satu-satunya tahun dompet aku ibarat pipih.
2009 dulu aku ada pernah lalui kepayahan tak berduit, jadi gelandangan sementara. Terpaksa tidur dalam culvert selama 3 hari sebab tak ada tempat tinggal. Berlapar dan pernah makan nasi cuma berlaukkan kicap dan cili api yang dipetik tepi jalan tapi tak lama selepas itu dalam tahun yang sama aku survive, bukan setakat survive tapi hidup dengan lumayan.
Tapi tahun ni tak, mungkin tak sedalam lautan 2009 tapi ombaknya kuat, terlalu kuat. Dilambung, di tampar, di lemaskan sebelum sempat lemas ke
mbali dilambung.
Tapi ianya masih tahun yang baik. Aku berhenti merokok, sudah lebih 10 bulan. Rokok perkara paling payah aku nak tinggal dari semua ketagihan lain dan aku jumpa mimpi aku, walaupun masih mencari mata ketiga dalam mimpi itu sekurangnya aku tahu apa aku nak, arah yang aku nak.
Dan duit,
Tak berduit buatkan aku sedar dimana aku berdiri, sepatutnya berdiri.
Aku gembira bila tahu keadaan itu,
Terima kasih dua puluh enam belas.

No comments:
Post a Comment