Ketagihan adalah isu grobal(hahaha) yang wajib ditangani, maksud saya di sini ketagihan yang buruk ketagihan yang baik seperti suka bersedekah sila duduk di hujung penjuru.
Untuk meraikan setahun umur saya berhenti merokok, saya akan kongsikan tip bagaimana ingin berhenti merokok. . . Sebenarnya tiada tip untuk saya kongsikan, walaupun saya dah bebas dari rokok setahun lamanya, saya berhenti sebab saya sakit.
Tapi
Itu bukan pengalaman pertama saya berhenti merokok, saya pernah berhenti sekitar tahun 2010, punca saya berhenti sebab saya tiada duit, hampir 6 bulan lamanya tapi lepas tu kembali..haha
Kali kedua saya berhenti hisap rokok saya mula mengembara, sekitar 2014, ini tip sangat baik, tinggalkan kawan perokok anda, berjalan ke tempat orang lain tanpa bawak rokok dan tempat baru akan bagi idea untuk tidak merokok.
Ok tip habis.
Sebenarnya aku ingin ceritakan pasal hal lain, ketagihan lain yang lebih memudaratkan diri, contoh mudah heroin.
Bukan perkara senang jika ingin berhenti dari mengambil heroin, tanpa niat yang kukuh dan sokongan yang padu, mustahil untuk penagih heroin berhenti walau sejuta tahun diberi ceramah akan keburukan heroin.
Juga ketagihan alkohol, nah saya tak mahu bercerita pasal alkohol sebab konsep ingin berhentinya sama dengan heroin.
Tapi ketagihan porno sangat berbeza, haha ketagihan porno agak berbeza sebab porno akan sebabkan sistem badan mengaktifkan hormon dopamine.
Hormon dopamine bukanlah teruk, ia ibarat mu baca buku dan buku sedap dan mu ketagih ingin membaca buku lagi, baguskan. Yang tak bagus mu tengok porno, porno sedap dan mu ketagih nak tengok porno lagi. Agak memalukan biarkan sesuatu sebaik dopamine berkerja hanya untuk porno.
Sekian
No comments:
Post a Comment