Thursday, 28 April 2016

Idea

   Albert Einstein ada teori pasal kembara masa, katanya kembara masa ni bukanlah betul betul mu kembali masa lalu atau pergi ke masa hadapan, kembara masa ni macam kembara dimensi, contoh macam dua tiga sungai yang sedang mengalir dan bila mu kembara masa maknanya mu akan melompat ke sungai yang lain, sekaligus mu akan masuk ke timeline lain bukannya mu berenang laju melawan arus untuk ke masa lalu.

   Contoh senang lagi mu pergi ke masa lalu dan berkahwin dengan Kate Beckinsale masa dia masih belajar kat Oxford lagi(yelah kalau nak usha dia lepas dia habis belajar memang tak peluang boh) kemudian mu keluar dari susur masa tu dan masuk kembali susur masa dimana mu datang dan Kate Beckinsale bukan bini mu, mu hanya boleh merenung je tengok gambar dia macam aku, apa yang mu buat di timeline yang mu pergi takkan menjejaskan timeline yang sedia  dan ianya dipanggil multiverse.

   Sebenarnya ada 3 teori kembara masa yang diutarakan dunia

1.   Multiverse dan aku dah terangkan konsepnya, dalam Dragon Ball ada buat teori macam ni, masa Trunks kembara masa bagi ubat kemudian Trunks kembali ke masa dia datang, Goku tetap mati.

2.   Fixed timeline, teori yang sangat bosan sebab menwujudkan paradok,paradok kononnya nak blow up mind tapi end up boringgggggg, nak faham dia cuma guna 1 prinsip, Novikov self-consistency prinsip

3.   Dynamic Timeline kira macam kalau Multiverse pergi ke sungai lain tapi Dynamic Timeline sungai yang sama kemudian mu berenanglah lawan arus kalau nak ke masa lalu dan apa saja tindakan mu buat akan menjejaskan masa sekarang, bunyi seperti mimpikan, kalau kahwin Kate Beckinsale  dan bammm dia jadi bini mu sampai bila bila.

Hmmmmm

   Dalam siri filem Terminator sahaja yang gunakan 2 dari teori, Terminator 1, mereka gunakan Fixed Timeline teori dan Terminator 2 dan 3 mereka guna teori Multiverse Timeline, aku tak pasti kenapa ada pencanggah penggunaan teori disitu.

   Aku tak mahu buat benda yang storyline ada 2 teori yang berbeza dan tak buat pun cuma masalahnya sekarang aku tak ada idea untuk tarik cerita,

Damn

No comments:

Post a Comment