Wednesday, 27 April 2016

Sabarlah

    Nak bersabar bukan senang, senang nak cakap tapi susah nak buat, pernah dengar tak orang kata "sabar aku pun ada limitnya". Aku rasa orang yang bercakap macam cuma sekadar alasan taknak bersabar lagi,

   Come on lah, sabar ada limit ke?

   Aku ada teori sendiri pasal sempurna, sempurna ni sama macam mu dah sentuh dinding,dah sampai kemuncak dah sampai 1 tahap yang mana tak ada dah lebih dari tahap tu,

   Dalam dunia penciptaan manusia,tak ada istilah sempurna, tak ada produk yang di cipta sempurna, sempurna sehingga ability produk tu jadi unlimited, tak terbatas dan dalam surah At-Tin mengatakan manusia dicipta dalam bentuk sebaik baiknya, aku tak pasti ayat berapa, nanti aku google, dan ada juga dinyatakan manusia dilebihkan dengan kelebihan yang sempurna

   Maknanya sabar tak ada limit lah kan tapi kenapa manusia suka mengatakan "sabar aku ada hadnya".

   Pada pendapat aku, manusia suka mencari alasan atas benda yang mereka tak mahu buat lagi, aku pun sama macam tu juga.

   Cuma kebanyakkan masa aku cakap "dahlah aku takmahu sabar lagi"






P/s; sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya( At-Tin ayat 4)

P/s 2: Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.(Al-Isra' Ayat 70)

No comments:

Post a Comment