Jumaat,15 mei 2037
Harini genap 3 tahun saya tersangkut pada tahun 2037, lebih kepada
menyangkutkan diri saya. Lahir pada tahun 1988 dan berusia 24 tahun pada tahun
2012,saya ,Muin professor Mahadi dan Che Mat Penyu ahli fizik juga seorang
professor memulakan projek mesin masa berpaksikan pada prinsip Relatif Am oleh
Albert Einstien dan di pecahkan kod oleh Roy Patrick Kerr yang berjaya menemui
cara menghasilkan lubang hitam. Sebenarnya projek mesin masa dimulakan prof
Mahadi dan Che Mat Penyu sedekad lalu sebelum saya dan Muin sertai projek ini. Penyertaan
kami tak lebih dari tikus makmal untuk menguji mesin masa ciptaan prof Mahadi
dan Che Mat Penyu.
Pada mulanya eksperimen mesin masa banyak kali menemui kegagalan, Thomas
Edison, Nicholas Tesla, Wright Brother lalui perkara sama gagal pada permulaan
malah Rajagopal pun pernah gagal dalam eksperimennya bezanya mereka semua
dengan Rajagopal, mereka akhirnya berjaya dalam eksperimen mereka, Rajagopal
gagal je memanjang.
Percubaan pertama, kedua, ketiga lubang hitam dapat dihasilkan, saya dan
Muin yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda disedut masuk dalam lubang
hitam menuju ke lubang cacing yang menghubungkan ruang-waktu tapi untuk satu
saat ketika dalam lubang cacing tiba-tiba muncul jalan mati seperti dinding dan
akhirnya kami, saya dan Muin kembali ke titik asal dimana kami bermula.
Percubaan yang ke 17 kali,selepas 16 kali bertemu jalan mati,16 kali juga
saya dan Muin melanggar jalan mati dan kembali ke titik asal dan sebanyak 13
kali jugak Che Mat Penyu terbalikkan meja kerana eksperimen gagal, ya cuma 13
kali kerana 3 kali pertama gagal,Che Mat Penyu masih bersifat seperti seorang
professor yang berpegang pada prinsip kegagalan dan kejayaan berada dalam roda
1 roda,jika sekali berada pada titik kegagalan maknanya kita berada dalam roda
yang betul dan kejayaan menunggu jika kita terus mencuba. Kemudian Che Mat
Penyu bertukar menjadi manusia biasa yang kononnya sabar ada hadnya dan pada
percubaan ke percubaan ke 17, pemasa ditetapkan seperti biasa, saya tangan siap
sedia di stereng dan Muin bertanggungjawab mengendalikan mesin masa.
Oh ya mesin masa ciptaan prof Mahadi dan Che Mat Penyu bukanlah seperti
mesin masa Dr Emmett Brown dalam filem Back To Future yang kereta DeLorean
diubah menjadi mesin masa.Mesin masa ciptaan prof Mahadi dan Che Mat Penyu hanyalah berbentuk seperti kotak,kotak peluru
dan hanyalah dibekal oleh kuasa dari bateri Lithium dan di letakkan atas
kenderaan pacuan empat roda.
Percubaan kali ke 17 boleh dikatakan 1 kejayaan, Muin yang
bertanggungjawab menghidupkan mesin masa yang di buat berasaskan teori Relatif
Am Albert Einstien dan di pecahkan kod oleh Roy Patrick Kerr yang mampu
membentuk lubang hitam seteruskan mencipta lubang cacing(wormhole) melalui 2
titik waktu. Senyum sinis Che Mat Penyu yang berdiri sejauh 50 meter dari
tempat kami berlepas boleh kelihatan dengan jelas,saya boleh agak apa yang
bermain dalam kepala Che Mat Penyu tapi ini bukan masanya untuk fikirkan semua
itu, sekarang ini lubang hitam betul-betul berada di hadapan kami dan kenderaan
pacuan empat roda kami mula disedut perlahan seperti 16 percubaan sebelum ini cuma saya berharap kali ini tiada
lagi jalan mati dalam lubang cacing seterusnya menuju ke masa hadapan.
Pacuan empat roda yang dinaiki saya dan Muin mula memasuki lubang
cacing, keadaan dalam lubang cacing gelap, panas dan sangat sukar bernafas
bukan sebab saya takutkan gelap sehingga buat saya sukar bernafas tapi kerana
oksigen dalam lubang cacing memang terhad. Mujurlah ini percubaan ke 17 jadi
prof Mahadi sudah sediakan tabung oksigen berwarna kuning untuk mengatasi
masalah itu, tabung oksigen yang cukup saya dan Muin terus bernafas selama 48
jam. Kami mula lepasi sejam pertama dalam lubang cacing,panas masih membahang
sampaikan saya dan Muin cuma berseluar dalam, bukan sebab gelap kami membuka
baju tapi kerana panas dah tak tertanggung.
2 jam setengah berlalu dalam lubang cacing, sepatutnya kami berhenti
selepas 2 jam dalam perjalanan tapi pemasa yang ditetapkan tak berfungsi dan
terpaksa matikan mesin masa secara manual. Boom! kedengaran satu letupan kecil
dari belakang tempat Muin mengendalikan mesin masa, kata Muin dia panik tak
tahu nak buat apa untuk matikan mesin masa akhirnya Muin pilih jalan senang
iaitu cabut bekalan kuasa mesin masa.
Selepas mesin masa meletup tiba-tiba kami ternampak cahaya,seperti
cahaya di hujung terowong makin lama makin dekat dengan kami.
“kita belum mati kan?” tanya
Muin
“Kalau kita mati perkara pertama kita jumpa ialah malaikat Mungkar dan
Naqir bukan cahaya hujung terowong lagipun mana ada orang mati berdua Muin.”
jawab saya tenang sambil memerhati cahaya yang semakin rapat dan tiba-tiba kami
berada dalam satu tempat yang cukup asing tapi dari pengamatan saya, saya dapat
agak yang kami berada dalam sebuah pasaraya, tak banyak bezanya cuma bilangan pengunjung sangat sedikit tak
sama macam pasaraya tahun 2012 yang sentiasa penuh dengan orang, saya pelik
dengan masyarat tahun 2012, mereka selalu merungut harga barangan makin naik
tapi mereka berbelanja seolah-olah itu bukan satu masalah.
Saya arahkan Muin memakai baju selepas saya sedar yang kami berdua hampir
berbogel, saya tak tahu bagaimana mentaliti orang zaman hadapan tapi berdua
dalam kenderaan dengan hanya berseluar dalam bukanlah perkara yang senonoh. Usai
memakai baju saya perhatikan beberapa orang mula mendekati kenderaan pacuan
empat yang saya dan Muin ada di dalamnya, dari mimik muka mereka saya dapat
agak apa yang bermain dalam kepala mereka dan ini bukan perkara yang baik,saya
tengok Muin dari cermin pandang belakang dan Muin nampak panik,saya teringat
pesan cikgu Salleh, cikgu pengakap saya dahulu, katanya jangan panik, bila kita
panik kita tak boleh buat keputusan dengan betul. Saya bagitahu Muin perkara
yang sama sambil tangan memutarkan kunci kenderaan pacuan empat roda, cubaan
pertama dan kenderaan kami naiki berjaya dihidupkan dan kami memecut keluar
.
Perkara pertama kami harus cari ialah cari tahun masa sekarang, itu yang
dipesan Che Mat Penyu. Masalah tempat tak perlu kami risau kerana merujuk apa
yang prof Mahadi pesan sebelum kami berlepas katanya kami tetap akan berada di
titik yang sama dengan titik kami berlepas dulu kerana kami merentasi dimensi
ke empat iaitu dimensi ruang-waktu cuma hal kami tiba-tiba berada dalam
pasaraya mungkin kerana di masa hadapan padang bola tempat kami berlepas dahulu
sudah dibina pasaraya, cilake! dekat masa depan pun kapitalis masih tak habis
habis merogol.
Tapi itu cerita 3 tahun lalu,dua minggu selepas kami sampai di masa
hadapan,Muin diserang penyakit, entah apa penyakit tapi mata Muin bertukar
merah,lebih teruk dari mata kaki ganja dan seluruh badannya lumpuh. Saya tak tahu apa penyakit Muin, saya
bukanlah orang bijak pandai, saya hanya tikus makmal dalam eksperimen ini, yang
pandai sikit Muin. Saya bawakan Muin ke hospital, malangnya tak ada satu
hospital sanggup menerima tanpa bayaran terlebih dahulu, saya cuma mampu
berdoa dan seminggu kemudian Muin
menghembuskan nafas terakhir, saya cuba yang terbaik untuk kebumikan jenazah Muin dengan cara Islam dengan ilmu fardu Kifayah saya yang terhad, saya
menyesal dulu selalu ponteng kelas Ustaz Firdaus ketika sekolah, kalau tidak
mungkin saya dapat kebumikan jenazah Muin dengan lebih sempurna. Semoga kamu
tenang di sana Muin.
Jumaat 15 Mei 2037, harini genap 3 tahun saya tersangkut di masa
hadapan, lebih kepada menyangkutkan diri saya di masa hadapan, lahir pada tahun
1988 dan berusia 27 tahun pada 2037, prof Mahadi dan Che Mat Penyu yang
bertanggungjawab mencipta mesin masa yang membawa saya dan Muin ke masa
hadapan,saya boleh bayangkan apa yang Che Mat Penyu akan kata bila dia tahu
mesin masanya satu kejayaan.
“fuck me.”
Itu yang pasti akan keluar dari mulut
Che Mat Penyu.
No comments:
Post a Comment