Wednesday, 29 March 2017

Jalan pulang ke neraka - Rina

Rina yang aku mula-mula kenal 12 tahun lepas sangat berbeza dengan Rina yang jumpa Ahad lalu.

Rina yang aku kenal 12 tahun lepas, pakaian rasminya berpandukan kod pakaian wanita dewasa dari eropah. Rina yang aku jumpa Ahad lalu memakai pakaian proper muslimah cloth dengan hijab terjemahan terus dari kata dasar arab iaitu hajaba bukannya hijab yang hanya bermaksud headscaf. Dia memakai baju yang loose-fitting tanpa outline of her bodyshape in her garment.

Kehidupan dia nampaknya bertambah baik, kata aku dalam hati.

Ahad lalu Rina datang betul-betul depan rumah aku. Dari mana dia tahu rumah aku tidak pula aku tanya.

Katanya dia sudah call ke nombor aku berkali-kali tapi tidak berjawab. Aku sendiri lupa mana aku simpan telefon aku.

Lama tak berjumpa dengan Rina buat aku kekok, buat dia kekok, lain suasana kalau kami berjumpa beberapa tahun lepas.

Untuk 5 minit pertama aku hanya mampu senyum. Tak tahu apa ingin di bualkan selain dari soalan apa khabar.

Cuma perkara yang aku ingat kemas mengenai Rina adalah tatu di punggung kirinya. Tatu riben seperti terletak pada kotak hadiah.

"Tatu riben ada lagi?" Tanya aku untuk memecahkan ais.

Rina cuma tersenyum, tak pasti dia ingin menjawab atau tidak soalan aku.

Tak lama kemudian 2 orang anak angkatnya keluar dari kereta, seorang nama Hazrul dan seorang nama Munirah. Mereka berdua adalah adik beradik. Kali terakhir aku jumpa mereka kira-kira 8 tahun lepas. Rina menjaga mereka sama seperti anak sendiri, di didik dengan baik malah dia tidak benarnya sesiapa bercakap kasar di depan mereka berdua.

Aku sampai sekarang tak tahu kenapa Rina mengambil mereka, dengan personaliti dia ketika itu tidak menampakkan wujud sikap keibuan atau aku mungkin silap menafsir. Setiap kali aku bertanya pasal 2 orang anaknya selalu dia menafikan soalan aku.

1 comment: