Semua orang nak banyak duit. Tak kira lah didorong oleh kehendak yang memerlukan duit yang banyak atau didorong tamak semata. Mempunyai duit yang banyak seolah suatu hal yang mandatori.
Aku juga nak banyak duit, nak jadi kaya. Tapi menjadi kaya bukanlah fantasi yang aku gemar.
Aku bukannya nak ada kehidupan yang lavish and luxurious lifestyle. Aku cuma nak buat perkara yang hanya boleh dilakukan jika ada duit yang banyak.
Contohnya macam belajar bawak pesawat. Aku pernah tanya subang high flyer, jumlah seluruh kos untuk belajar bawak pesawat ialah sekitar RM30+k. Katanya itu kos paling minima dimana aku akan memperolehi private pilot license.
Aku bertanya juga pada MFA, kosnya lebih kurang sama.
Tapi lebih 30ribu, kalau aku menyimpan dengan keadaan ekonomi aku sekarang, paling tidak aku perlukan setahun setengah atau mungkin 2 tahun.
Kalau aku menyimpan pun, aku ada fatal flaw yang akan menghalang aku iaitu rabun warna. Lampu isyarat yang warnanya cuma 3 pun aku tak dapat bezakan. Jadi solusinya aku beli lapangan sendiri sekali dengan pesawat dan private instructor, itu pun kalau aku kaya bolehlah beli.
Kehidupan aku sekarang pun dah cukup baik walaupun tak kaya. Aku masih mampu makan 3 kali sehari kalau aku nak dan kalau aku nak mandi, aku masih boleh mandi sesuka hati aku bila-bila masa.
Dan aku masih boleh tersenyum hari ini kerana esok dan ketawa esok kerana hari ini.

No comments:
Post a Comment