Wednesday, 5 October 2016

Konversasi mengenai perkahwinan

Perkahwinan adalah topik yang aku selalu elak bila di ajak berborak, selepas xzczxckeszxcxczcxtahunxczxczclepaszxczx aku sendiri lupa bila kali terakhir aku pernah berbincang secara serius mengenai perkahwinan.

Bila kawan yang aku kenal tanya kenapa tak kahwin lagi, bukan setakat tak kahwin lagi, awek pun tak ada aku selalu buat buat lapar dan order makanan lagi.

Bila kawan yang aku suka tanya kenapa aku tak kahwin lagi sedangkan dia dah nak masuk anak kedua awal tahun depan, aku selalu buat buat lapar dan order makanan lagi.

Dan bila Ustaz Zamri tanya kenapa aku tak kahwin lagi, aku jawab yang aku tunggu anak dia dan Ustaz Zamri akan order makanan, katanya aku lapar.

Bukan sengaja aku melambatkan perkahwinan sebenarnya err memang sengaja pun. Aku pernah bagitahu seorang kawan aku tak ada keinginan nak berkahwin biarpun umur dah nak habis separuh masa pertama. Takde keinginan bukan sebab seronok tinggal seorang, well memang seronok tinggal seorang diri tapi itu bukan sebab utama.

Kalau cuma aku seorang yang tiada keinginan hidup berdua mungkin bunyinya pelik tapi aku kenal paling tidak 5 orang yang tiada keinginan yang sama.

Untuk memiliki satu pun tidak beringin apatah lagi dua tiga atau empat. Bila ada kawan sebaya yang tambah kaki dari satu kepada dua, aku tak pelik cuma tertanya kenapa? Bukan kali pertama aku berkawan dengan orang berbini ramai, dulu-dulu ex colleague aku ada yang berbini empat, yang lagi hardcore ada seorang yang tau-tau dah kahwin yang ketiga. Petang sebelum tu melepak seolah-olah tak ada apa tapi tengahari esoknya dia bagitahu dah kahwin seorang lagi.

Aku agak dalam bab kahwin lebih dari satu ni part yang paling susah mesti nak dapat kebenaran, kawan aku pernah cakap bininya bagi kahwin lain tapi syaratnya madunya mesti tak Erra Fazira atau Nora Danish. Syaratnya sama seperti syarat Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Muzafar Syah iaitu bererti penolakkan.

Aku agak bertuah bila mak aku tak pernah tanya soal bila aku nak kahwin, walaupun aku tak tau apa sebabnya kenapa mak aku tak pernah tanya, aku masih rasa bertuah. Cuma bila makcik-makcik menanya aku jadi rimas. Memandangkan mereka tak ada anak dara yang decent untuk dijadikan bini, jadi menjawab seperti aku menunggu anak mereka ibarat aku sedang cuba terjun dalam lava gunung berapi. Jadi bila mereka tanya, aku cuma tanya kalau mereka ada makanan tak sebab aku lapar.

Mungkin satu hari nanti aku bangun dan sedar yang aku sebenarnya gay..haha tapi sebelum sampai masa tu. Aku perlukan sedikit masa untuk buat benda yang aku nak buat, mungkin setahun, mungkin 2 tahun, mungkin 5 tahun.

Aku ada crazy bloodline yang mengalir dalam diri aku, ayah aku(kandung) kahwin, dapat aku lepas tu cerai dan tak pernah ada anak lagi. Datuk aku (yang tak pernah aku jumpa) sebelah ayah kandung kahwin dan dapat ayah aku then cerai dan tak ada anak lain lagi, dia jadi freebird. Moyang aku juga sama, kahwin dapat datuk aku then cerai dan tak pernah ada anak. Aku di beritahu yang dia adalah original freebird.

Aku ada misi untuk tamatkan crazy bloodline yang ada sebab tu mustahil kalau aku nak kahwin atas sebab aku bosan duduk seorang, ataupun sebab semua orang dah kahwin, ataupun sebab orang dah bosan menanya kenapa aku tak kahwin.


aku bukan mencari kesempurnaan sebab aku tahu kalau aku berperangai demikian maka aku akan keluar dari taman bunga tanpa bunga di tangan (merujuk pada cerita berjalan lurus di taman dan petik bunga paling menawan dan tak berpaling ke belakang lagi) Cuma aku tahu macam mana hidup seorang anak kalau ibu bapanya bercerai dan ia bukan cerita yang manis dan aku tak nak penyambung aku (kalau ada) terima nasib yang sama.

Dan kepada sesiapa yang berkata itu semua(cerai) terjadi sebab ketentuan maka aku malas untuk membalasnya.

No comments:

Post a Comment