Friday, 16 September 2016

Alone

Dulu-dulu aku pernah terbaca pepatah “be a loner, that give you time to wonder, to search for the truth. Have holy curiousity make your live worth living”. Siapa yang cakap macam tu aku lupa.

Be a loner?

Alone? Dah tentu keseorangan yang bukan ditentukan orang lain.

Dan sebenarnya keseorangan jauh lebih baik dari hidup dengan orang yag salah atau bergaul dengan orang yang salah.

Minggu lepas aku dapat berita yang ayah aku meninggal, meninggal dunia jauh di tanah Mahatma Gandhi. Aku nak pergi ziarah memang tak mampu dengan keadaan kewangan yang sangat kritikal. Sekarang ni aku Cuma ada kurang dari RM100 dalam dompet, nak bawa balik ke Malaysia lagilah jauh dari kemampuan aku. Dan memandangkan aku tak ada adik beradik berkongsi ayah yang sama, semuanya jadi sedikit mudah.

Kadang-kadang aku terfikir macam mana aku mati nanti, adakah aku mati sesorang sama macam arwah ayah aku, well sekurangnya arwah ayah aku meninggal semasa dia buat apa yang dia nak buat.

Bila ingat mati, aku teringat satu sajak bertajuk I Was Dying,

First I was dying to finish high school and start college,
And then I was dying to finish college and start working.
And then I was dying to marry and have children.
And then I was dying for my children to grow old enough for school so I could return to work.
And then I was dying to retire.
And now, I am dying…and suddenly I realize I forgot to live.

Aku tak tau siapa yang tulis sajak tu, dan aku ada simpan sajak tu.

Well tolong sedekah Al-Fatihah untuk arwah ayah aku,


sekian

1 comment:

  1. Takziah yee. Wey dah tak guna wasap ke. Cane nak citcat ni.

    ReplyDelete