Thursday, 19 November 2015

Telefon Bimbit

Dulu dulu handphone besar..dah lah besar berat pulak tu sebab tu dulu dulu orang panggil telepon bimbit..sebab nak bawa dia kena bimbit..lepas tu telefon bimbit berevolusi jadi makin kecil sampai boleh je simpan dalam poket tapi masih dikenali dengan nama telefon bimbit..ada 1 telefon bimbit yang saiznya sampai tahap tangan baby lagi besar dari saiz dia..panasonic A100..skrin dia kecil gila..entah kenapa panasonic reka telepon entah.

Lepas tu baru lah lama-lama skrin direka makin besar..fungsi telefon pun makin power..bukan setakat untuk call dan sms je..dah boleh dengar lagu dekat telepon..tak payah bawa walkman kulu kilir lagi dah..dengar guna telepon je..boleh main game..kalau nak power main game pakai nokia n gage..memang true gila main game pakai nokia n gage ni tapi tu pun kalau pandai bluetooth semua data game tu..kalau tak pandai tak boleh main jugak..tapi tu game sebelum era telepon pintar..masa tu dapat main game ghost recon dalam telepon pun dah cukup bahagia.

Kemudian lahirlah telefon pintar..saya tak tahu bila dan apa jenis telefon pintar pertama..kalau nak tahu google laa..kemudian telefon pintar jadi popular..sebabnya?.. Entahlah..mungkin telefon pintar ni banyak membantu manusia sejagat..haha..hari ini hampir semua yang kemampuan ada telefon pintar..yang tak berkemampuan tapi ada orang yang berkemampuan menanggung hidup mereka macam budak sekolah.

Ya..budak sekolah sekarang pun ada telefon pintar..kata helmi..zaman dia sekolah dulu telefon pun..kalau ada pun anak orang kaya je boleh beli.........tapi tu zaman dulu..10,15 tahun lepas, jangan bandingkan dengan zaman sekarang..ibarat macam kau beli kepok gete 15 tahun lepas...lepas tu cakap kenapa kepok tu busuk harini..ibarat macam kau kawen dengan bini kau 15 tahun lepas..lepas tu cakap kenapa badan bini kau harini tak semantap 15 tahun lepas.

Sigh~ itu yang dinamakan perubahan zaman..kau mungkin tak boleh terima tapi cubalah hidup dengan perubahan itu..iya bukan pasal terlalu lambat untuk mengubah..tapi.......

No comments:

Post a Comment