Friday, 16 October 2015

Kahwin karaoke

Selepas jumaat tadi saya ada menapak ke majlis kahwin kawan..sebenarnya saya bukan nak pergi pun tapi dah di ugut kalau saya tak pergi,bila sampai turn saya kahwin dia pun tak pergi..jadi bermulalah pengembaraan 70 km saya semata mata nak pergi majlis itu

Saya sampai agak lewat..ye lah jauh tu 70 km..saya bukan naik kereta berkuasa 800hp..lebih kurang pukul 4 saya sampai orang dah tak ramai..tapi masih terasa meriah suasana kahwin cuma orang bersilat,berkompang takdelah tapi orang karaoke masih ada..saya tertarik dengan lagu yang di lontarkan suara entah sapa ntah..bunyi liriknya macam ni

Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia

Saya gelak..cuma gelak..saya tengok pengantin perempuan terpaku..agaknya bekas kekasih dia mungkin..dulu pun saya pernah terdengar orang nyanyikan lagu betterman dari Pearl Jam..saya gelak..saya cuma gelak..saya tengok pengantin perempuan pun gelak..gelak sampai hampir jatuh dari kerusi pelamin

Tapi itu mimi..dia gila sikit

No comments:

Post a Comment