Sunday, 11 December 2016

Orang kecil

Aku ingat lagi masa aku tingkatan 2? Atau 3? Dulu, aku tak berapa pasti, cuma yang pasti masa tu pernah, bukan pernah tapi boleh katakan hari-hari akan ada beberapa kawan yang naik 1 bas dengan aku semasa balik akan cerita pasal 1 drama latin yang bertajuk "Rosalinda".

Aku tak pernah tengok cerita tu.

Tapi aku tahu beberapa part plot dalam drama tu contohnya part Rosalinda buat plastic surgery dan bla bla bla sebab kawan sekeliling aku yang bercerita ketika itu.

Aku bukan peminat kepada rancangan hiburan dalam TV kecuali kartun, Power Rangers, Kamen Rider dan sepupunya dan lain cerita yang fokus untuk kanak-kanak.

Cyber Cops!

Dan drama cina yang di adaptasikan dari komik Hongkong ke Live Action.

Selain dari itu aku tak tengok, baik drama yang panjang. Ataupun rancangan realiti. Ada satu ketika masa aku tingkatan 5, bila 1 kelas bercerita pasal Mawi dan siapa yang akan terkeluar minggu depan. Aku cuma mampu melongo mendengar sebab aku tak tahu apa yang mereka ceritakan.

Zaman kecil aku lebih banyak kepada membaca dari siri bulanan "KAWAN" sehinggakan 1 masa aku percaya apa yang ada dalam komik tu bila seorang prof sains yang wataknya adalah fiksyen berkata bila TV di 'panah' kilat akan wujud 1 dimensi lain yang boleh dilalui mengunakan TV yang di 'panah' kilat.

Dan juga aku banyak habiskan masa dengan baca siri 5 sekawan, siri Salma, siri Hadi (Johar dan Farok), Sekolah Seri Melur. Aku tak tahu itu semua buku Enid Blyton sampailah bila aku dah besar. Juga budak seringala ataupun buku yang di adaptasi jadi filem Pete Dragon baru-baru ni.

Bila meningkat sedikit dewasa arah aku beralih dari novel linear ke lakaran plot ke plot yang berasal dari negara matahari terbit.

Bermula dengan Samurai X, Dragon Ball, Slam Dunk, One Piece dan banyak lagi. Kalau aku berniat untuk nyatakan setiap manga yang aku pernah baca, mungkin akan ambil masa 2 hari atau 3 hari untuk aku siapkan.

Tapi sepanjang tempoh tu, tak terdaftar dalam kotak memori aku jika aku pernah menonton TV secara serius.(Filem adalah perkara lain, aku selalu tonton filem dan dari filem aku kenal Kate Beckinsale dari filem Serendipity- sebuah filem yang biasa tapi jadi power sebab Kate Beckinsale, power sebab cantik)

Cuma selepas habis sekolah dan mulakan kehidupan universiti. Aku mula berjinak menonton dokumentari, cuma dokumentari. Sehinggalah beberapa tahun lepas, last filem dokumentari yang aku tengok ialah Megalodon, cerita pasal biggest white shark tapi entah betul entah tidak sebab ceritanya di buat oleh animal planet dan animal planet boleh tahan kaki belit sampaikan dia boleh buat cerita pasal mermaid benar benar wujud! Mythbuster pun masa tu baru episod pasal clown dan belonnya, You Have Been Warned baru season 1. Kemudian aku berhenti tengok dokumentari tanpa sebab yang kukuh seperti kali pertama aku cuba untuk give up on smart phone tahun 2013.

Cerita-cerita drama yang di hiasi artis cantik tempatan mahupun masih bukan kegemaran aku sampaikan 1 masa bila ex colleague petik pasal Syafiq jadi pengarah termuda umur 18 tahun, aku. Aku ingatkan pengarah yang macam ketua untuk satu organisasi rupanya pengarah filem.

Sampai 1 tahap kawan boleh tipu aku dengan tunjukkan gambar Mira Filzah dan bagitahu itu awek baru dia dan aku percaya bulat-bulat, kemudian dia terangkan kembali siapa Mira Filzah itu.

Itu semua cerita lama, awal 2016 kesukaan aku berubah 180 darjah, boleh katakan setiap hari aku menonton TV, dari cerita melayu(suprisely ramai rupanya actress melayu yang cun selain Erra) ke cerita bahasa asing dari English, Jepun, Korea, Dutch, French dan banyak lagi yang aku tak tersebut.

Sekarang dah akhir tahun dan aku belajar 1 perkara dari sepanjang 2016 aku yang ta. k berapa baik, hiburan dari TV atau dari internet yang lebih senang untuk dipenuhi citarasa ibarat seperti membawa telefon pintar semasa berak haha. Durasi berak takkan jadi singkat cuma kita takkan sedar masa berlalu sebab kita ada hiburan di tangan. Sama seperti hiburan di TV, durasi hidup takkan jadi singkat cuma kita takkan sedar di sebabkan hiburan jadi pilihan hiburan yang berguna supaya tiada masa yang rugi jika kita masih berharap untuk mempercepatkan durasi hidup. Haha

Pertengahan tahun ni, dalam bulan 6 aku, untuk kali kedua give up dengan smartphone. Jadi aku tak boleh nak whatsapp atau apa applikasi yang boleh diurus dari telefon pintar. Maaf tapi aku masih terima pangillan telefon. Aku tak pernah reject call mahupun dari scammer atau telemarketer. Silalah call jika tak keberatan.

No comments:

Post a Comment