Thursday, 2 June 2016

Rahsia resepi bubur nasi sempurna

Rahsianya cuma satu, ratio antara beras dan air. Tak kiralah mu masak letak ayam ke daging ke udang ke, dinosour ke atau cuma angin

Ratio (1:5), (Beras:Air)
1 cawan beras, 5 cawan air, kalau 5 cawan beras, 25 cawan air, kalau 4286525 cawan beras, 21432625 cawan air.

Bagaimana cara nak masak?.

Terpulang, kalau nak terus masukkan air dan beras dalam periuk pun boleh, kalau nak masak cara klasik melayu pun boleh, tumis bawang merah dan putih dulu, garam ikut selera dan masuk halia lepas tu masuk air dan beras pun boleh cuma sepanjang proses bubur sekali sekala kacau dengan lembut untuk elakkan nasi melekat. Sila gunakan periuk yang mempunyai penutup.

Kalau nak buat bubur ayam macam mana?

Pun boleh, cuma tambah kiub ayam, jumlah kiub ayam bergantung pada keinginan, kalau terasa nak letakkan 5,6 kiub ayam pun boleh dan masukkan sekali ayam yang dipotong kecil dan ayam yang telah dimasak terlebih dahulu, nak masak apa pun ayam tu aku tak kisah, nak rebus ke, panggang ke, tumis ke, stim ke, stew ke, terpulang.

Kalau nak letak daging boleh tak?

Pun boleh, cuma sama macam ayam, daging yang telah dimasak, sebabnya? daging dan ayam lambat nak masak, kalau masukkan yang mentah, beras tadi bukan jadi bubur lagi tapi dah jadi gam.

Kalau nak letak seafood boleh?

Pun boleh, tak ada masalah, kalau nak letak sayur sayur pun boleh, bergantung pada individu, kalau individu tu boleh makan kayu, letak kayu pun boleh, kalau nak letak semua bahan pun boleh, jangan takut untuk bereksperimen walaupun disebabkan eksperimen, bubur tadi dah tak jadi bubur tapi mana tahu ia akan jadi makanan yang lebih baik dari bubur.

4 comments: