Pernah nampak orang tak ada duit macam mana rupa? Atau pernah experiance keadaan tak ada duit? aku bet semua orang pernah tengok orang tak berduit atau lalui keadaan tak ada duit..lainlah kalau mu baru lahir semalam jadi memang tak merasalah benda macam tu. Aku pernah tengok orang tak berduit er duit habis sampai jadi gila pun ada er bunuh orang sebab duit pun ada tapi itu biasalah..sebab tahi pun kadang-kadang orang saling membunuh.
Dan harini aku officially kering. Kalau dulu zaman merokok, time kering macam ni aku dah korek syiling nak beli rokok tapi oklah sekarang aku dah tak merokok cuma masalah sekarang macam mana aku nak bayar bil bil utiliti. Takkan nak harap mak aku bayar kot bil bil aku semua, memang taklah.
Tapi bila dah kering macam ni aku teringat zaman betul betul tak ada duit dulu, 7 8 tahun lepas masa aku duduk belah utara malaysia, lebih tepat lagi di Kuala Kangsar Perak. Zaman itu betul betul tak ada duit, di tempat orang lain dan tak ada duit, boleh bayang tak dia punya neraka macam mana? aku pernah buat kerja angkat simen, bayangkan simen yang berat 50kg dengan selamba letak atas bahu then pindahkan, sekali pindah bukan sikit, kadang-kadang sampai 100 beg simen, dia punya sakit malam lepas angkat simen memang perit.
Lepas tu aku ambil iktibar dari situasi sebelum tu dan mula create semula cerita hidup aku bezanya kali ni aku sedar yang direction sangat penting, mana arah tu harus di utamakan sebab ianya jadi tak guna kalau mu bergerak laju tapi tanpa arah.
Tapi apakan daya, life is too ironic untuk paham betul-betul paham. it takes sadness to know what happiness, noise to appreciate silent and absence to value presence, and now i lost that feeling again, perasaan tak berduit dan berusaha dengan gigih bukan setakat nak cari duit tapi cuba bina hidup balik..
haha damn
No comments:
Post a Comment