Lagi 2 hari aku mati. . . . . . . .ok tipu,hehe dan aku tahu..lame
lagi 2 hari aku pindah kerja,dipindah kerja,terpaksa pindah?..ok dipaksa pindah sebenarnya tapi aku yang cipta keadaan dipaksa pindah..aku rekemenkan nama penolong aku untuk isi jawatan kosong yang sama dengan aku dan dia dapat promotion tu..tahniah untuk dia dan juga pembantu aku yang dipromotekan untuk tempat dia..tahniah juga
tapi itu dulu..keadaan sekarang dah lain,lainnya bila aku kena pindah hehe..aku tak tahu nak nyatakan macam mana..tapi 1 sebab kenapa aku berhenti kerja dari tempat lama dan kerja di terengganu sebab aku nak kerja terengganu..ada orang cakap aku gila,rugilah..aku boleh terima 'gila'..lagipun dari dulu lagi aku dah biasa dengan gelaran 'gila' tu cuma rugi..rugi?berhenti kerja dengan syarikat yang stabil dan kerja dengan syarikat entah apa apa dan gaji kurang hampir separuh..rugi ke?rugi ke?sure ke rugi?berhenti dari sebuah organisasi yang cukup kukuh memang rugi,rugi bagi mereka yang merancang untuk kerja seumur hidup..aku tak merancang kerja untuk orang lain sampai mati jadi tak rugi pun bagi aku dan soal gaji,duit..rugi tak sepatotnya wujud dalam hal duit..itu yang aku pahatkan dalam kepala aku..duit hanya duit hehe terlepas beberapa helai kertas even terlepas semua kertas,harus ke rasa rugi?
"kenapa manusia boleh gembira hanya sehelai kertas" shin chan
naif..itu pandangan umum terhadap perkara itu,umum kategorikan shin chan sebagai naif sekaligus menidakkannya dan meletakkan taraf duit lebih tinggi dari kertas,mungkin kertas-yang-mulia hehe
aku pernah cuba untuk jadi se naif itu,sampai sekarang aku masih mencuba..mencuba menolak/menidakkan nilai atas kertas itu tapi hakikatnya nilai-atas-kertas itu yang memacu hampir semua arah aku pernah tuju,jalan yang pernah aku lalui..dari istana dalam hutan ke lembah hitam,di tengah gurun ke bandar yang penuh dengan manusia buta
aku mencuba dan ianya gagal..gagal setiap kali aku mencuba tapi aku tetap akan cuba,menidakkan nilai kertas itu,menolak kuasanya dan memijak kemuliaan yang disarungkan dunia..mungkin aku takkan berjaya..mungkin aku gagal sampai mati..yang pasti aku akan tetap mencuba..naif?mungkin aku naif..entah..cuma,aku tahu,aku dapat rasakan,aku percaya banyak lagi perkara,hal yang jauh lagi berharga,mulia dari duit..'perhubungan' contohnya,ramai yang 'iye'kan tapi berapa ramai yang buat ianya imun kepada duit?dari hubungan keluarga,aku tak tau bila bermula tapi isu anak bunuh mak,adik beradik saling membunuh sebab duit semakin banyak..ramai yang menyumpah tapi ia bukan lagi perkara aneh..kejujuran,kepercayaan,prinsip antara perkara berharga dari duit dan banyak lagi malah ia tak ternilai tapi sayang,bila orang mula letakkan price tag pada benda benda macam tu..even hati mula ada harganya
bertuhankan duit..itu frasa yang selalu digunakan untuk orang orang sebegitu..tapi aku ada pandangan berbeza..bagi aku,semua manusia lahir dan hidup dalam gelap,tiada arah..dan di antara semua,ada yang bernasib baik,beruntung..ada yang diterangkan jalan yang harus dia lalui..ada yang dipimpin tangan oleh yang bertanggungjawab..bagi yang kurang bernasib baik,mereka harus cari,meraba jalan mereka sendiri...masa terus berjalan dan kejujuran,kepercayaan,perhubungan,prinsip dan banyak lagi datang satu per satu menemani perjalanan,mungkin bukan teman yang baik tapi ia selalu ada dan semua akan terjumpa lampu suluh..bagi aku itulah duit,lampu suluh dalam kehidupan semua orang..semua pasti mengambilnya untuk menyuluh yang gelap..yang bernasib baik dan beruntung mungkin sekadar jadikan koleksi,ada yang gunakan bila perlu sahaja..dan ada yang gunakan tiap masa dan kejujuran,kepecayaan,perhubungan,prinsip dan banyak lagi ibarat bateri
Aku mungkin terjumpa lampu suluh yang tak mampu menyuluh dengan terang tapi aku takkan bazirkan bateri aku hanya untuk menyuluh lebih terang..biar gelap asalkan ada yang menemani..apa ertinya ada jalan terang kalau cuma 'aku' yang melalui
duit hanyalah kertas yang dicetak..hehe aku tahu..naif,so wish this naive boy some luck hehe kebanyakkan orang akan sedar perkara dah lepas atau hilang..ada perkara aku dah terlepas tapi banyak lagi yang tertinggal ,mencuba seperti pilihan baik xoxo haha
Nota kaki:nasib baik or tak baik,beruntung dan tak..aku tak suka guna macam kat atas tu..sebab itu cuma jambatan
Nota kaki 2:dari pindah kerja sampai duit..mungkin aku patut bawak gps time menaip lain kali
Nota kaki 3: tak sangka aku yang tulis dulu
No comments:
Post a Comment