Wednesday, 14 June 2017

Nostradamus

Aku selalu rasa kelakar bila lihat sesetengah orang tua cuba nafikan perjuangan orang muda.

Mereka gunakan "pengalaman" mereka hidup untuk jatuhkan kebenaran yang cuba ditegakkan orang muda. Seolah-olah mereka cuba menunjukkan mereka sebenarnya maksum, bebas dari salah dan tidak layak di tegur.

Pada satu point sampaikan seolah-olah mereka tahu setiap tanduk orang muda yang lakukan akan menyebabkan orang muda itu terjerumus dasar hitam.

Kalau benar ada yang silap, betulkan, bukan terus kutuk pesalah atau menunjukkan diri sendiri yang lebih terdahulu

Manusia biasa bercakap berdasarkan pengalaman, pergaulan dan pembacaan.

Dan berkata kepada orang muda seperti "seluar dalam pun mak belikan, ada hati nak lawan cakap orang tua." Hanya mengundang 3 hipotesis.

Kamu orang tua semasa berumur 20+ tahun, mak kamu belikan seluar dalam untuk kamu lagi.

Kamu orang tua semasa berumur 20+ tahun, kamu berkawan dengan rakan segenerasi kamu yang mak dia masih belikan seluar dalam untuk dia semasa dia berusia 20+ tahun.

Atau.

Kamu orang tua, membaca bacaan yang menceritakan pasal lelaki normal berusia 20+ tahun dan mak dia masih belikan seluar dalam untuk dia (bacaan apa ni?).

Hanya minoriti orang tua sahaja berperangai begini, majoritinya yang lain selalu menjadi guru orang muda untuk bertatih.

Wednesday, 7 June 2017

Keluarga

"Adi, best tak ada family? Apa rasa dia?" Tanya Hafiz dari tingkat atas katil dua tingkat.

Hafiz anak yatim piatu, dari kecil dia tinggal di rumah anak yatim. Itu ingatan pertama dia mengenai kehidupan dia bermula. Dia pernah di ambil menjadi anak angkat sekali semasa dia berusia 8 tahun tapi setahun lepas tu, perjaganya memulangkan dia kembali ke rumah anak yatim kerana penjaganya sudah beroleh anak sendiri.

"Tiba-tiba je kau tanya, dah sampai seru nak ada family sendiri ke?"

"Takdelah Adi, tadi aku tengok movie pasal family, macam sedap je ada family, tapi in real life tak tau lah kan. Aku ni bab family macam fairy tale dah, itu tanya kau."

Aku tersenyum.

Berbeza dengan Hafiz, aku bertuah sebab mempunyai keluarga. Malah lebih bertuah sebab aku mempunyai 2 ayah dan 2 mak.

Itu cerita yang selalu aku jaja, bertuah sebab punyai 2 ayah dan 2 mak tapi hakikatnya kehidupan aku tak seperti itu. Aku di anggap tidak lebih dari tunggul kayu dalam keluarga. Nak di alih tak boleh, nak di buang tak boleh jadi mereka biarkan aku duduk di satu sudut dan jadikan aku halimunan.

Aku selalu menipu yang aku ada kehidupan keluarga normal tapi hakikatnya tak.

Tapi aku menipu bukan sebab ingat orang lain cemburu dengan kehidupan sempurna aku. Tapi aku menipu untuk tidak dipandang pelik. Aku menipu untuk terus hidup dalam masyarakat. Aku menipu untuk mengelak simpati orang.

"Bab keluarga ni, dalam real life atau tv, tak jauh sangat bezanya Hafiz. Mungkin dalam real life tak seindah dalam movie tapi keseluruhan konsep dia hampir sama."

"Oh ye ke."

"Yup, keluarga ni kalau definasi ringkas dia boleh kata macam udara. Sometime it cold, sometime it warm but most of the time, it give you life."

"Aku harap aku boleh merasa kehidupan berkeluarga."

"Dah tentu kau boleh merasa Hafiz, semua orang akan merasa. Masa kau je yang belum sampai lagi."

Hafiz menjenguk ke bawah  memandang aku. "Aku harap aku dapat family macam kau."

"Hahaha aku special Hafiz, kau takkan dapat."