Monday, 2 October 2017

Tidur

Tiada yang menarik,

Aku cuma nak katakan waktu tidur aku makin mengarut,

Jam badan aku mula menhala ke arah kerosakan,

Malah bateri badan mula menampakkan akan ketidakstabilan,

Aku tak pernah merasa akan kehidupan dua waktu,

Tapi ternyata kehidupan dua waktu membunuh akan kewaras-sosialiti pengikutnya,

Dan aku berdoa mereka yang terpaksa berhubungun dengan dua waktu secara bergilir tabah melaluinya,

Dan aku memohon kamu berdoa yang sama kepada aku.

Thursday, 22 June 2017

Baby Talk

Gambar  di bawah menunjukkan kadar perkembangan bahasa untuk anak kecil. Pentingnya juga untuk tidak bercakap bahasa bayi untuk mengelakkan bayi itu mengajuk percakapan itu dan seterusnya membawa kepada habit bercakap bila besar. Itu jawapan kenapa remaja ini banyak yang bercakap tanpa lenggok bahasa yang betul.


Jika ibu bapa berhajat untuk anak mereka belajar 2 bahasa pastikan anak mahir dengan 1 bahasa terlebih dahulu. 


Jika anak sudah mahir bahasa pertama barulah ibu bapa boleh mengajar bahasa kedua dan penting untuk saya ingatkan jika mengajar bahasa kedua pastikan mengamalkan code switch yakni hanya ibu atau bapa yang bercakap bahasa kedua dengan anak. Sebagai contoh jika ibu bercakap mengunakan bahasa pertama dengan anak, maka si ayah pula bercakap hanya mengunakan bahasa kedua. Maka ibunya harus bercakap bahasa pertama sahaja, jika bahasa melayu bahasa pertama maka bercakap hanya mengunakan bahasa pertama, tidak sesekali campur adukkan bahasa pertama dan kedua seperti "adik want makan chicken tak?" Adalah perbuatan yang salah dalam membentuk bahasa anak kecil. Ini sebagai code switch anak anak bila berbahasa kelak, sekaligus mengelakkan mereka merojakkan bahasa di masa hadapan.


Dan akhir sekali, ibu bapa jangan terlalu obses inginkan anak mereka berbahasa dengan cepat. Pastikan mereka bergembira dalam pembelajaran berbahasa mereka. 


Sekian.